Thursday, January 7, 2010
gerakan FATAH
sewaktu Pergerakan Fatah ditubuhkan di era pertengahan 60-an, ia telah mengisytiharkan bahawa ia akan membentuk sebuah gerakan penentangan yang akan membebaskan Palestin dari timur ke barat (daripada sungai Jordan di timur sehinggalah ke Laut Mediterranean di barat). Namun slogan kosong ini menghilang begitu sahaja tidak lama kemudian dan Fatah telah gagal merealisasikannya sehingga ke saat ini! Rejim Fatah juga telah mengiktiraf keberadaan negara Yahudi di atas bumi Palestin. Kini mereka pula terdesak di bawah percaturan Amerika untuk berusaha mendirikan negara Palestin di atas tanah seluas sekangkang kera yang masih dimiliki. Para pemimpin rejim ini sentiasa berulang-alik ke Washington apabila mereka berdepan dengan sebarang masalah. Setelah berdekad lamanya rejim Fatah menjalani rundingan demi rundingan dan kompromi yang mengaibkan, akhirnya Fatah langsung tidak mencapai apa-apa dan sehingga ke hari ini Palestin masih lagi dicengkam oleh rejim Zionis. Bahkan tatkala pemimpinnya hendak ke mana-mana sekalipun perlu mendapatkan keizinan daripada negara Yahudi!
Subscribe to:
Posts (Atom)